My Trade Centre
  • Home
  • About
  • Our Products
  • Our Services
  • Register
 

Fiske Steakhouse

Bagi mengubah persepsi bahawa golongan berada saja mampu menikmati kelazatan sajian stik. Anak kelahiran Melaka, Chef Shamsul Kamal (yang pernah berkhidmat di Hotel Shangri-La selama tujuh tahun) dan isteri, Nur Azlina Ahmad, nekad membuka restoran makanan Barat, Fiske Steakhouse, di Taman Desa Keramat yang berkonsepkan hidangan lima bintang tetapi pada harga yang sangat berpatutan.
Untuk sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki di sini, pasti tidak menyangka restoran yang dihias sederhana dan dibina di atas bekas tapak stesen teksi milik Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang ditutup sekitar tahun 2005 itu menghidangkan sajian bertaraf lima bintang. Terdapat lebih 60 menu merangkumi 15 hidangan stik, enam hidangan pasta dan spageti, salad, sup dan hidangan sampingan lain pada harga dari RM6.90 hingga RM20.00. Bagi mereka yang mahu menikmati sajian tradisional pula, Fiske Steakhouse turut menyediakan hidangan sate (RM0.70 secucuk) dan set asam pedas bersama nasi putih (RM10.00).
Resipi yang dicipta sendiri oleh Chef Shamsul selaku ketua tukang masak di restoran berkenaan benar-benar menjadi kerana sejak dibuka pada tahun 2006, Fiske Steakhouse sering dipenuhi pengunjung yang rata-ratanya datang dari dalam dan luar Kuala Lumpur.

Posted on: November 26, 2014

Copyright (c) 2021 My Trade Centre. All rights reserved.
Click here to view Website Conditions & Terms of Use